Program Pengajian Untuk Rakan Pemandu & Rakan Penghantar Grab

Program Pengajian Untuk Rakan Pemandu & Rakan Penghantar Grab

Pembelajaran Fleksibel di Kolej SEGi Subang Jaya

  • Gabungan kuliah secara atas talian dan bersemuka.
  • Yuran pendaftaran hanya RM100.00.
  • Program Diploma dan Kursus Jangka Pendek (Sijil) juga disediakan
  • Courses photo
    2.5 tahun pengajian

    Diploma Pentadbiran Perniagaan (Business Administration)

    Yuran: RM19,500.00
    Program Diploma dengan pengiktirafan MQA. Pinjaman penuh PTPTN disediakan selain pengeluaran KWSP. Program ini dapat membantu rakan pemandu/penghantar mendapatkan asas yang kukuh dalam bidang pentadbiran, pengurusan perniagaan, pemasaran dan kewangan. Jadual kelas fleksibel secara atas talian dan fizikal.
    digital marketing, technology, notebook
    8 Minggu

    Pemasaran Digital (Strategic Digital Marketing)

    Yuran: RM1,800.00
    Program ini akan membantu pelajar mendapatkan cara terbaik untuk menjenamakan perniagaan di platform digital supaya menyerlah di pasaran dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang boleh merosakkan nama perniagaan sekaligus menyebabkan kerugian.
    chart, graph, finance
    8 Minggu

    Perancang Kewangan (Financial Planner)

    Yuran: RM1,500.00
    Program ini direka untuk memberi gambaran jelas kepada pelajar tentang pentingnya perancangan kewangan. Pelajar akan diberi pendedahan tentang persediaan yang perlu sebelum mengambil sijil CFP. Program ini juga akan mempersiapkan pelajar sebagai perancang kewangan yang memahami dan mampu menyelesaikan masalah pelanggan.
    nokia, lumia, microsoft
    8 Minggu

    Pembangunan Aplikasi Mudah Alih (Mobile App Development)

    Yuran: RM2,000.00
    Program ini mendedahkan pelajar kepada cara rekaan dan pembangunan aplikasi telefon pintar menggunakan pengisian seperti “Apache Cordova”. Pengisian ini dapat membantu aplikasi yang dibina untuk beroperasi di platform Android dan iOS. Selain dari “programming”, pelajar juga akan didedahkan kepada cara menggunakan aplikasi dan pengisian dengan efektif untuk menghasilkan aplikasi yang berguna.
    keys, house, property
    12 Minggu

    Penjenamaan Hartanah (Real Estate Branding)

    Yuran: RM2,500.00
    Program ini akan memberi kefahaman kepada pelajar tentang penjenamaan sesuatu hartanah dan faedah yang bakal diperoleh. Program ini juga akan mendedahkan pelajar tentang keselamatan digital dan cara memelihara reputasi serta jenama sesuatu hartanah.
    Courses photo
    12 Minggu

    Sijil Autocad

    Yuran: RM3,300.00
    Program ini akan mendedahkan pelajar kepada asas lukisan dan teknik menambahbaik sesuatu draf dan lukisan kejuruteraan/teknikal. Pengisian Autocad akan digunakan sepenuhnya untuk membina, meletakkan dan mereka sesuatu model serta memastikan lukisan adalah mengikut skala yang akan ditetapkan. Program ini juga mendedahkan tentang cara memasukkan blok, lukisan berdimensi dan cara menggunakan “template” tertentu.

    Soalan Lazim / FAQ

    Program ini adalah inisiatif dari pengurusan Kolej Segi Subang Jaya untuk menawarkan program pengajian peringkat Diploma dan Kursus Jangka Pendek (Sijil) pada kadar yuran istimewa khusus kepada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab yang berdaftar dan aktif.
    • Program Diploma: Permohonan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan setaraf dengan mempunyai minimum 3 kredit termasuk subjek Bahasa Malaysia
    • Program Sijil: Warganegara Malaysia
    Permohonan boleh dilakukan dengan hanya beberapa proses mudah di halaman butiran setiap program. Anda boleh membuat permohonan ke lebih dari satu program untuk pertimbangan pihak kolej.

    Data yang diberikan dijamin hanya untuk kegunaan permohonan ke program pengajian sahaja. Pemohon diminta membaca polisi data peribadi kami sebelum melengkapkan permohonan. Baca dasar privasi disini

    Data yang diberikan dijamin hanya untuk kegunaan permohonan ke program pengajian sahaja. Pemohon diminta membaca polisi data peribadi kami sebelum melengkapkan permohonan
    Tiada had umur untuk memohon ke sesuatu program.
    • Program Diploma: 2 tahun 6 bulan pengajian
    • Program Sijil: Antara 8 minggu – 12 minggu
    Kesemua program yang ditawarkan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
    • Program Diploma: Bantuan pinjaman PTPTN akan disediakan untuk keseluruhan yuran pengajian dan yuran berkaitan seperti yuran peperiksaan. Pelajar juga akan diberi pilihan sama ada mahu membuat pinjaman penuh atau tidak. Pihak kolej akan membantu pelajar dalam membuat permohonan pinjaman dan pelajar TIDAK PERLU ke PTPTN secara individu.
    • Program Sijil: Tiada pinjaman PTPTN tetapi ansuran pembayaran boleh dipertimbangkan oleh pihak Kolej.
    Pinjaman adalah TIDAK diwajibkan. Pelajar boleh memilih untuk menanggung sendiri yuran pengajian.
    Jadual pengajian adalah pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) dan adalah gabungan secara atas talian dan kuliah/tutorial di dalam kelas. Lokasi kuliah/tutorial di dalam kelas akan diadakan di kampus Kolej Segi Subang Jaya.
    Buat masa ini, semua kuliah/tutorial di dalam kelas akan diadakan di kampus Subang Jaya terlebih dahulu. Jika sambutan menggalakkan, pelajar boleh ke kampus lain yang di bawah pengurusan yang sama. Untuk pengetahuan, kampus yang di bawah pengurusan yang sama adalah di kampus Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching. Manakala kampus Johor Bahru adalah secara 100% kuliah atas talian.
    • Pelajar yang memperoleh CGPA minimum 2.8 untuk 2 (dua) semester berturut-turut akan mendapat pembayaran balik untuk pembaharuan cukai jalan dan insuran sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) dari Kolej Segi Subang Jaya. Pembayaran ini adalah sekali sepanjang tempoh pengajian.
    • Selain dari program yang dipilih, pelajar juga berpeluang untuk mengambil 3 (tiga) sijil tambahan dalam beberapa bidang secara PERCUMA. Sijil yang ditawarkan adalah:
    Untuk sebarang pertanyaan lain, sila emelkan soalan anda ke [email protected] atau secara “whatsapp” di talian +0133758489
    × Hi, perlukan bantuan?